Mencari Maklumat Dengan Mudah Dan Pantas :


Tuesday, July 7, 2009

Sekalung budi segumpal kasih

Jabatan Penerangan Hilir Perak kini tawa dalam duka. Kehilangan seorang "mentor" dan kakitangan jabatan di daerah Hilir Perak yang sangat berpengalaman dan dikenali ramai. Beliau juga telah banyak menabur bakti dan khidmat yang baik serta cemerlang semasa di sini. Namun semua itu hanya tinggal sejarah buat jabatan Penerangan Hilir Perak apabila salah seorang kakitangan disini iaitu YgBhgia En. Zamri B. Swarno yang lebih dikenali sebagai En. Zam telah pun dinaikan pangkat dan telah berpindah ke Kuala Lumpur untuk bertugas di sana. Beliau adalah senior di sini memandangkan pengalaman dan keterlibatan beliau di daerah Hilir Perak selama hampir 25 tahun bertugas di sini. Tiada apa yang dapat mengambarkan kreadibiliti beliau semasa bertugas dan gerak-gerinya dalam menjalankan tugas sebagai "Field Officer" sememangny ada "umppph" orang kata.
Bukan lah saya sebagai pengarang mahu mengampu atau mengipas beliau. Namun itulah dan benarlah kata orang, tiada apa yang boleh menyamakan ilmu dan pengalaman. Pengalaman beliau yang luas dalam Penerangan sememangnya jadi tips dan semoga menjadi ikutan buat yang baru disini.
Kami kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Hilir Perak mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada YgBhgia En. Zamri Swarno diatas segala tunjuk ajar dan baik budi kepada kami semua dan dikesempatan ini jua ingin mengucapkan tahniah diatas kenaikan pangkat S27 dan selamat bertugas di tempat baru.


"Selamat Maju Jaya, Berkhidmat untuk Bangsa, Agama dan Negara"
Baca seterusnya..