Mencari Maklumat Dengan Mudah Dan Pantas :


Thursday, October 8, 2009

Jasamu dikenang



Jabatan Penerangan Daerah Hilir Perak sekali lagi kehilangan seorang staff yang berdedikasi serta komitmen terhadap tugasnya kepada Jabatan dan rakyat setempat. Satu-satunya orang asli yang ditugaskan di Hilir Perak bagi membantu berkhidmat di sesetangah tempat dan perkampungan orang asli disini. Namun semua itu tinggal kenangan kepada seluruh kakitangan dan Jabatan di Hilir Perak apabila Senaying telah ditugaskan untuk bertugar tugas di Jabatan Penerangan Tapah kerana khidmatnya lebih diperlukan disana. Tempat beliau kini diganti oleh En. Shanmugam yang dahulunya bertugas di ibu pejabat Ipoh. Kami di Jabatan mengucapkan selamat berpisah dan selamat bertugas di daerah baru, dan selamat datang kepada Pembantu Penerangan yang baru.

"Berkhidmat Untuk Negara"
Baca seterusnya..

Friday, October 2, 2009

Aidilfitri Komuniti Bestari Hutan Melintang








Khamis 1. Oktober. 2009/ 12 Syawal 1430 H. Berlansung sambutan aidilfitri peringkat Komuniti Bestari Hutan Melintang yang bertempat di parit 23 Kg. Tanjung Bayan dekat Dewan Orang Ramai sini semalam. Majlis yang berlansung dalam keadaan yang meriah namun sederhana mengamit hati masyarakat kampung dan kakitangan Jabatan Penerangan H. Perak sendiri.
Majlis yang dihadiri lebih dari 100 orang terdiri dari jemputan utama iaitu YB Dato' Shaarani Mohamad ADUN Rungkup, Ybhg Tuan Pegawai Daerah En. Ahmad Zainuddin B. Yoep Samsuddin, Ybhg En. Radzuan B. Othman Pegawai Penerangan Daerah Hilir Perak bersama-sama Ybhg En. Nordin B. Ahmad Penghulu Mukim Hutan Melintang.
Majlis yang berlansung kira-kira jam 3.00 petang berakhir pada jam 5.20 petang. Antara agenda majlis adalah perutusan utama Tuan Pegawai Penerangan Daerah Hilir Perak dan beberapa dif-dif jemputan yang lain. Jamuan aidilfitri juga turut mensajikan beberapa juadah istimewa buat jemputan yang hadir. Turut serta disitu adalah majlis pemberian duit raya dari AJK dan Tok Sidang Kg. Tanjung Bayan kepada lebih 50 orang kanak-kanak Tanjung Bayan.

Apa yang boleh diulas disini adalah kami benar-benar seronok...
Dicatat oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Shapie
Baca seterusnya..