Mencari Maklumat Dengan Mudah Dan Pantas :


Tuesday, September 8, 2009

Berbuka puasa sana sini




Majlis berbuka puasa di Daerah Hilir Perak semakin rancak. Disana sini jemputan diterima.
Tidak ketinggalan juga kami di Jabatan Penerangan Hilir Perak. Baru-baru ini kami "langkah kanan" ke Majlis Perdana sambutan Bulan Kemerdekaan dan berbuka puasa anjuran Pejabat Daerah dan Tanah serta MPTI pada 3. September. 2009 yang lalu dan berlansung di Areana Square Teluk Intan. Kehadiran para tamu diceriakan lagi dengan kehadiran anak-anak yatim serta orang kurang upaya. Majlis berlansung dari jam 5.00 petang dan berakhir seawal 8.00 malam. Aturcara majlis diserikan dengan persembahan pelajar-pelajar Sek. Men. Keb. Tun Abdul Razak Selekoh.
Kami di Jabatan Penerangan mengucapkan ribuan terima kasih.

* Turut hadir di majlis tersebut adalah YB Dato' Shaarni Mohamad ADUN Rungkup dan kelihatan YgBhgia En. Radzuan Othman PPD serta kelibat-kelibat Penerangan yang lain.

lapor:- Mohamad Ridzuan Mohamad Shapie
Baca seterusnya..

Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan kepada Anak Yatim, Orang tua, Duda dan Janda sempena Raya AidilFitri 2009


Pada Jumaat yang lalu sekali lagi aku dengan asrol bertugas PA sistem majlis berbuka puasa. Sama seperti tahun lepas, tempat yang sama, orang yang sama, waktu yang sama, majlis ini semakin meriah dengan bantuan yang banyak.

kelemahan bunyi audio pada tahun lalu dah berjaya di atasi pada kali ini, tahun lepas ade le orang komplen sikit2. kali ini kitorang dah kaji baik2 camne nak kasi full audio dengan penggunaan kelengkapan yang tak berapa lengkap.

Kelemahan kelemahan yang kitorang alami adalah power supply. So, kali ini soundcraff mixer tu pakai 1 point supply 15 amp ambik aircond punye ( aku dah pegi praktikal & kursus tab 3 pins... huhuhu.. ). pastu setelah setahun kembali dari kursus audio di IPTAR RTM, aku dah tau cara-cara mengatasi masalah-masalah selama ni.

point supply ke 2 adalah untuk dua lagi power amp dan 2 DVD player. Ternyata kali ni mixer gedabak tu x panas baran lagi. susunan speaker ikut spec yang sebenar, dan benar-benar berkesan memenuhi semua ruang majlis. Bacaan Tahlil pun kitorang bagi kesan effect supaya merdu sikit suara pak imam tersebut( effet tersebut dirahsiakan ).

Susunan speaker di susun mengikut keupayaan DB dan frekuensi speaker tersebut. Cara ni memang berkesan tapi banyak le keje sikit, macam hari tu majlis MB bersama Rakyat memerlukan 12 biji speaker untuk dalam dewan je, sebabnya kesan2 akustik yang pelbagai. tapi hasilnya, ramai le tunjuk logo tangan kacang cap ngan yin le tanda bagus...

Kali ini buat pertama kalinya, segala function dalam bulan Ramadhan dimeriahkan dengan semua lagu ramadhan. Terdapat 30 lagu ramadhan yang menarik dan sedap. Di tambah pula dengan instrumental nasyid rohani.

Mungkin ada yang bengan kat aku sebab sejak akhir2 ni aku bertegas sikit, power supply kurang je aku tak pasang PA sistem ataupun pasang speaker sebiji je.. biar diorang tau.. selalu diorang komplen bunyi humming dan buzzing, itu semua berpunca current electric tak cukup. kali ni semua bunyi audio solid, semua lagu-lagu dirakam,diedit semua ikut Bit rate yang sebenar. Kiranya kitorang keje ikut cara paling proffesional.
Baca seterusnya..

Wednesday, September 2, 2009

Perpaduan Ummah

Bulan Ramadhan Al-Mubarak membawa seribu satu kebaikan kepada seluruh umat manusia muslimin dan muslimat diseluruh dunia. Satu bulan yang menjadi ketua bagi seluruh bulan. Segala kebaikan akan dilipat gandakan ganjarannya oleh Allah S.W.T.
Ibadah dan amalan ini terus diamalkan dan menjadi budaya hidup sekian umat Islam di Malaysia dan ianya adalah salah satu dasar Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.

1. September. 2009 dipilih sebagai tarikh perlaksanaan Majlis tahlil dan berbuka puasa anjuran KB Mukim Sg. Durian dan dijalankan di Masjid Taqqiuddin, Permatang Guntung, Kg. Teluk Birah Sg. Durian Teluk Intan Perak disini.
Antara yang hadir di majlis tersebut adalah Ybhg En. Radzuan Othman Pegawai Penerangan Hilir Perak, ADO Hilir Perak, Ybhg Tuan Penghulu Mukim Sg. Durian dan Ketua-ketua Kampung dan ahli-ahli khairiah masjid tersebut. Majlis itu juga turut diserikan dengan kehadiran beberapa anak-anak kecil yang turut datang untuk bebuka bersama-sama.

Majlis ini juga adalah salah satu agenda tahunan bagi Komuniti Bestari Mukim Sg. Durian bagi memastikan ikatan dan jalinan antara masyarakat dan ahli-ahli KB tetap erat dan mesra. Perpaduan yang terjalin diantara ummah di titik beratkan oleh Islam dan Kerajaan Malaysia. Ianya digalas dan direalisasikan oleh KB Sg. Durian dibawah seliaan Jab. Penerangan Hilir Perak.
Semoga ianya akan kekal sampai bila-bila.

Dengan ini saya pengarang mewakili seluruh kakitangan Jabatan Penerangan Hilir Perak ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menjalani ibadah Puasa dan semoga ibadah kita dibulan ini akan diredhai hendaknya.
Sekian,
Mohamad Ridzuan B. Mohamad Shapie
Baca seterusnya..