Mencari Maklumat Dengan Mudah Dan Pantas :


Monday, January 17, 2011

HARI KELUARGA JABATAN PENERANGAN PERAK 2010










PROGRAM HARI KELUARGA PERINGKAT JABATAN PENERANGAN NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2010 TELAH SELESAI DIADAKAN DI LUMUT PADA 26 & 27 NOVEMBER 2010 DENGAN BERBAGAI ACARA MENARIK. ANGGOTA KELUARGA DARI DAERAH HILIR PERAK TELAH HADIR DAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM ACARA SUKAN YANG DIDAKAN DI TELUK BATIK.
Baca seterusnya..

KOMUNITI BESTARI 1MALAYSIA TELUK INTAN







PENUBUHAN JAWATANKUASA PENAJA KOMUNITI BESTARI 1MALAYSIA TELUK INTAN TELAH DISEMPURNAKAN OLEH Y.BHG. TUAN HAJI ZAHARIN BIN HAJI ZAINUDDIN, PENGARAH PENERANGAN NEGEI PERAK PADA 13 OKTOBER 2010 BERTEMPAT DI DEWAN SILAMBAM HILIR PERAK. DENGAN TAKLIMAT RINGAKS KB 1MALAYSIA, UCAPAN PPD DAN UCAPAN KHAS OLEH PENGARAH PENERANGAN IA MENDAPAT SAMBUTAN YANG BAIK DARI PARA HADIRIN. SAUDARA ELANGGO TELAH DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI UNTUK MEMIMPIN JAWATANKUASA PENAJA TERSEBUT.
Baca seterusnya..

Saturday, January 15, 2011

SEPAKAT BESTARI 1MALAYSIA PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK







Program Sepakat BESTARI 1Malaysia Peringakt Daerah Hilir Perak pada tahun lepas telah selesai dilaksanakan pada 13 November 2010 dengan berbagai acara menarik disepanjang hari. Perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato' Zainol Fadzi Bin Paharuddin. EXCO Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Kawasan Sungai Manik, Parlimen Pasir Salak. Pengarah Penerangan Negeri Perak, Pengarah Kebudayaan Negeri Perak dan Pegawai Daerah Hilir Perak turut hadir serta menyampaikan ucapan aluan.Pameran Jabatan/Agensi Kerajaan/Swasta, Perkhidmatan Kaunter, Kempen Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan, Pendaftaran Pemilih, Penjualan Produk tempatan, Demonstrasi Ragut oleh PDRM, Ceramah Agama, uacapan wakil jabatan serta sukanika menarik perhatian para hadirin. Perkarangan Sek. Keb. Degong memang sesuai untuk mengadakan program ini dan ia mendapat kerjasama total semua pihak. Jabatan Penerangan Negeri Perak, Daerah Hilir Perak mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Komuniti BESTARI 1Malaysia di daerah Hilir Perak, JKK Kampung Degong, Persatuan Belia, Pengurusan SK. Degong, dan semua pihak yang menjayakan program ini. Pada tahun 2011 kita berjumpa dalam program yang sama di Parlimen Teluk Intan.
Baca seterusnya..

Thursday, January 13, 2011

Santai Petang di Rungkup


Sembang Warung bersama En. Azmi selaku salah seorang penduduk kawasan Rungkup. Di antara perbincangannya adalah isu-isu semasa seperti banjir, subsidi nelayan dsb. - slot santai petang
Baca seterusnya..

Isu Minyak Masak di Daerah Hilir Perak


Kekurangan minyak masak menggusarkan pengguna di daerah Hilir Perak. Kebanyakan yang tinggal hanya minyak bunga matahari dan kacang soya dijual pada harga yang tinggi.

Tinjauan kami ke beberapa kedai dan pasaraya di sini mendapati kekurangan itu amat menyusahkan penduduk di sini.
Baca seterusnya..

LAWATAN KE KAMPUNG KOTA HUTAN MELINTANG PERAK


11.1.2011 - Pada kali ini kami berkunjung ke sebuah lokasi yang bersempadan dengan Negeri Selangor iaitu Kampung Kota. Kampung ini merupakan kawasan penempatan yang terdiri dari dua bangsa iaitu Melayu dan India.

Ekonomi penduduk ini adalah pertanian di mana jenis pertanian seperti Kelapa Sawit, Getah, Pisang dan Kelapa. Temubual bersama En. Razali di rumahnya pada tempoh hari, kami dapat mengetahui beberapa masalah penduduk antaranya bagaimana untuk menjana ekonomi orang kampung sedangkan pihak tengah mengaut keuntungan lebih. Sebagai contoh, jualan pisang oleh penduduk kampung adalah murah tetapi di pasaran harganya mahal.

Bila tiba musim udang, penangkapan udang menjadi satu kegiatan di sini kerana ia menjana pendapatan kerana udang sungai lebih enak dari udang yang di kolam. Ia juga boleh dijadikan satu aktiviti atau diserapkan di dalam kalendar pelancongan tahunan

Lokasi Kampung yang terletak dihujung sempadan, penduduk kampung juga mengharapkan jalan raya Kampung Kota dapat diteruskan ke Pekan Sabak Bernam dengan jambatan kerana pada ketika ini, ia dihubungkan dengan pengangkutan bot di jeti sempadan. Jika jambatan dapat dibina, pastinya ia akan dapat merancakkan lagi ekonomi di sini.
Baca seterusnya..