INFO BESTARI adalah satu rangkaian program anjuran Komuniti Bestari (KB) dibawah naungan Jabatan Penerangan Malaysia. KB kali ini meneruskan usaha jabatan dengan mengadakan INFO BESTARI peringkat mukim Rungkup Bagan Datoh di sini.Perlaksanaan program ini berlansung pada 11. Jun. 2009(Khamis) dan bertempat di dewan Sek Men Tun Abdul Razak Selekoh (STARS). Antara yang turut terlibat adalah dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jab. Pertanian Hilir Perak, FAMA, Jab. Tenaga Kerja Hilir Perak, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Penerangan Hilir Perak itu sendiri. Terdapat juga agensi bukan kerajaan turut serta dalam program tersebut seperti AGROBANK, GIATMARA dan pengusaha cacing. Program INFO BESTARI ini berlansung selama sehari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan melihatkan kehadiran seramai 200 orang peserta dan pengunjung.
Tujuan INFO BESTARI mukim rungkup ini dijalankan adalah tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memberi pendedahan dan maklumat berguna kepada warga sasaran serta masyarakat setempat akan ilmu tentang pertanian dan penternakan cacing. Pelbagai ceramah dan info-info dimuat turunkan kepada para peserta pada program tersebut. Karnival mini ini juga menawarkan pelbagai tarikan kepada para pengunjung. AGRO BANK serta GIATMARA membuka penyertaan para masyarat untuk menabung dan memohon modal perniagaan dan pertanian. Manakala GIATMARA cawangan Hutan Melintang pula mempelawa para belia untuk menceburi kursus-kursus latihan yang ditawarkan oleh GIATMARA. PDRM pula mempelawa pelawat-pelawat untuk menjadi RAKAN COP serta dalam tidak lansung menyebarkan risalah-risalah mengenai keselamatan dan undang-undang negara.
Harapan Kerajaan dan Jabatan Penerangan Daerah Hilir Perak untuk melihatkan impak adalah tinggi. Untuk melihat rakyat setempat membangun lebih maju serta berdaya saing. Segala usaha Komuniti Bestari Rungkup serta ahli jawatankuasanya menjayakan program ini semata-mata untuk rakyat setempat. Tidak kira agama, bangsa, pangkat mahupun fahaman politik.
Program tersebut di rasmikan majlis penutupannya oleh YB ADUN Rungkup Dato' Saarani Mohamad. Beliau juga turut menanamkan semangat maju dalam ucapanya kepada para peserta. Diharap usaha Jabatan Penerangan dan Komuniti Bestari Rungkup serta agensi-agensi terlibat dapat merealisasikan hasrat Kerajaan untuk melihat pembangunan bukan sekadar infrastruktur tapi pembangunan insan itu sendiri.
Disini Jabatan Penerangan Hilir Perak mengucapkan jutaan Tahniah kepada YgBsha Tuan Hj. Moktar Pengerusi KB Rungkup serta ahli jawatankuasa diatas kejayaan melansungkan program ini.
Yang Melapor,
Mohd Ridzuan Mohd Shapie










0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih terhadap komen yang membina