Mencari Maklumat Dengan Mudah Dan Pantas :


Wednesday, August 5, 2009

Pameran Foto dan Pelancaran Buku Sebutir Permata Di Atas Takhta: Pemerintahan 25 Tahun Sultan Azlan Shah

SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah berkenan menyempurnakan perasmian Pameran Foto dan Pelancaran Buku Sebutir Permata Di Atas Takhta: Pemerintahan 25 Tahun Sultan Azlan Shah di Ipoh, semalam.

Program anjuran Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan Arkib Negara itu mempamerkan gambar-gambar ketika baginda menjadi Ketua Hakim Negara sehingga ditabalkan sebagai Sultan Perak.

Ia juga mengandungi gambar-gambar berkaitan penglibatan baginda dalam sukan hoki terutama ketika menjawat jawatan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (1975-2004).

Tidak ketinggalan gambar-gambar berkaitan latar belakang dan sejarah Kesultanan Perak.



Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Permaisuri, Tuanku Bainun; Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah, isteri baginda, Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta kerabat diraja lain.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir serta isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini.

Pameran percuma selama lima hari bermula semalam di Dewan Bandaraya Ipoh tersebut dibuka kepada orang ramai dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

JAV yang terlibat bertugas adalah dari beberapa daerah Negeri Perak. Salah satu adalah dari Penerangan Hilir Perak. Juruacara dari Radio 24 Bernama.

2 comments:

orang kuat said...

cayalah geng cobra...

jav said...

KL yg pasang. cobra tak pakai pun tempat sempit penuh pameran.

Post a Comment

Terima Kasih terhadap komen yang membina