Mencari Maklumat Dengan Mudah Dan Pantas :


Wednesday, September 2, 2009

Perpaduan Ummah

Bulan Ramadhan Al-Mubarak membawa seribu satu kebaikan kepada seluruh umat manusia muslimin dan muslimat diseluruh dunia. Satu bulan yang menjadi ketua bagi seluruh bulan. Segala kebaikan akan dilipat gandakan ganjarannya oleh Allah S.W.T.
Ibadah dan amalan ini terus diamalkan dan menjadi budaya hidup sekian umat Islam di Malaysia dan ianya adalah salah satu dasar Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.

1. September. 2009 dipilih sebagai tarikh perlaksanaan Majlis tahlil dan berbuka puasa anjuran KB Mukim Sg. Durian dan dijalankan di Masjid Taqqiuddin, Permatang Guntung, Kg. Teluk Birah Sg. Durian Teluk Intan Perak disini.
Antara yang hadir di majlis tersebut adalah Ybhg En. Radzuan Othman Pegawai Penerangan Hilir Perak, ADO Hilir Perak, Ybhg Tuan Penghulu Mukim Sg. Durian dan Ketua-ketua Kampung dan ahli-ahli khairiah masjid tersebut. Majlis itu juga turut diserikan dengan kehadiran beberapa anak-anak kecil yang turut datang untuk bebuka bersama-sama.

Majlis ini juga adalah salah satu agenda tahunan bagi Komuniti Bestari Mukim Sg. Durian bagi memastikan ikatan dan jalinan antara masyarakat dan ahli-ahli KB tetap erat dan mesra. Perpaduan yang terjalin diantara ummah di titik beratkan oleh Islam dan Kerajaan Malaysia. Ianya digalas dan direalisasikan oleh KB Sg. Durian dibawah seliaan Jab. Penerangan Hilir Perak.
Semoga ianya akan kekal sampai bila-bila.

Dengan ini saya pengarang mewakili seluruh kakitangan Jabatan Penerangan Hilir Perak ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menjalani ibadah Puasa dan semoga ibadah kita dibulan ini akan diredhai hendaknya.
Sekian,
Mohamad Ridzuan B. Mohamad Shapie

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih terhadap komen yang membina