
11.1.2011 - Pada kali ini kami berkunjung ke sebuah lokasi yang bersempadan dengan Negeri Selangor iaitu Kampung Kota. Kampung ini merupakan kawasan penempatan yang terdiri dari dua bangsa iaitu Melayu dan India.
Ekonomi penduduk ini adalah pertanian di mana jenis pertanian seperti Kelapa Sawit, Getah, Pisang dan Kelapa. Temubual bersama En. Razali di rumahnya pada tempoh hari, kami dapat mengetahui beberapa masalah penduduk antaranya bagaimana untuk menjana ekonomi orang kampung sedangkan pihak tengah mengaut keuntungan lebih. Sebagai contoh, jualan pisang oleh penduduk kampung adalah murah tetapi di pasaran harganya mahal.
Bila tiba musim udang, penangkapan udang menjadi satu kegiatan di sini kerana ia menjana pendapatan kerana udang sungai lebih enak dari udang yang di kolam. Ia juga boleh dijadikan satu aktiviti atau diserapkan di dalam kalendar pelancongan tahunan
Lokasi Kampung yang terletak dihujung sempadan, penduduk kampung juga mengharapkan jalan raya Kampung Kota dapat diteruskan ke Pekan Sabak Bernam dengan jambatan kerana pada ketika ini, ia dihubungkan dengan pengangkutan bot di jeti sempadan. Jika jambatan dapat dibina, pastinya ia akan dapat merancakkan lagi ekonomi di sini.
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih terhadap komen yang membina