Program Sepakat BESTARI 1Malaysia Peringakt Daerah Hilir Perak pada tahun lepas telah selesai dilaksanakan pada 13 November 2010 dengan berbagai acara menarik disepanjang hari. Perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato' Zainol Fadzi Bin Paharuddin. EXCO Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Kawasan Sungai Manik, Parlimen Pasir Salak. Pengarah Penerangan Negeri Perak, Pengarah Kebudayaan Negeri Perak dan Pegawai Daerah Hilir Perak turut hadir serta menyampaikan ucapan aluan.Pameran Jabatan/Agensi Kerajaan/Swasta, Perkhidmatan Kaunter, Kempen Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan, Pendaftaran Pemilih, Penjualan Produk tempatan, Demonstrasi Ragut oleh PDRM, Ceramah Agama, uacapan wakil jabatan serta sukanika menarik perhatian para hadirin. Perkarangan Sek. Keb. Degong memang sesuai untuk mengadakan program ini dan ia mendapat kerjasama total semua pihak. Jabatan Penerangan Negeri Perak, Daerah Hilir Perak mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Komuniti BESTARI 1Malaysia di daerah Hilir Perak, JKK Kampung Degong, Persatuan Belia, Pengurusan SK. Degong, dan semua pihak yang menjayakan program ini. Pada tahun 2011 kita berjumpa dalam program yang sama di Parlimen Teluk Intan.
Mencari Maklumat Dengan Mudah Dan Pantas :
Saturday, January 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih terhadap komen yang membina