Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
-Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang
kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
-Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan
simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah
simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama
kaum lain.
-Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami
tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan
ancaman dari luar negara.
-Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah
negara ini.
-Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
-Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
-Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk
melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain
(kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Mencari Maklumat Dengan Mudah Dan Pantas :
Friday, August 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih terhadap komen yang membina