Mencari Maklumat Dengan Mudah Dan Pantas :


Tuesday, August 11, 2009

KARNIVAL INFO BESTARI PERDANA MUKIM TELUK BHARU


LAPORAN PERLAKSANAAN INFO BESTARI

Program : Info Bestari Perdana Mukim Teluk Bharu / Parlimen Bagan Datoh.
Anjuran : Komuniti Bestari Mukim Teluk Bharu.
Tarikh/masa : 09 . 08 . 2009 (Ahad) / 7.30 pagi – 5.00 petang.
Tempat : Sek.Keb. Kampung Baru Batu 16.

Komuniti Bestari Mukim Teluk Bharu dengan kerjasama UMNO bahagian Bagan Datoh telah menjalankan program Info Bestari yang diberi nama “Karnival Info Bestari Mukim Teluk Bharu / Parlimen Bagan Datoh – 1Malaysia, Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Program ini dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan acara senamrobik yang disertai oleh penduduk setempat.











Selain dari senamrobik, acara sukaneka turut dijalankan untuk menambahkan kemeriahan program tersebut.

Kanak-kanak dari Tadika dan Pra Sekolah juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam pertandingan Pakaian Beragam yang dijalankan.

Antara acara selingan lain yang dijalankan ialah Pertunjukan Gerak Irama oleh Tadika Kemas dan Pertunjukan Silat oleh Persatuan Seni Silat Serumpun Banten, Kg Badri.

Selaras dengan tujuan asal program ini membawa perkidmatan kerajaan kepada masyarakat, pelbagai khemah pameran telah dibuka melibatkan 24 Jabatan dan Agensi kerajaan serta 26 lain-lain agensi swasta.

Karnival Info Bestari Perdana Mukim Teluk Bharu/ Parlimen Bagan Datoh ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sharani Bin Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Rungkup.

Karnival Info Bestari Perdana Mukim Teluk Bharu/ Parlimen Bagan Datoh ini berakhir kira-kira jam 4.00 petang. Program ini telah dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama dari semua pihak.

Antara impak positif dari program yang dijalankan ialah masyarakat setempat dapat menyelesaikan masalah berkaitan jabatan kerajaan seperti masalah pendaftaran kad pengenalan melalui kaunter yang dibuka. Masyarakat juga dapat lebih memahami tugas dan peranan semua jabatan/agensi kerajaan yang mengambil bahagian dalam pameran.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih terhadap komen yang membina